akhirnya si adik BERBUAI juga

Memula aku tak nak ajar si adra guna buai.. Lagipun buai ada satu je.. Takkan nak beli satu lagi kot...rumah dah la tak seluas mana. Minggu pertama tak de masalah sebab adra asyik tido jer.. Tapi si adra mula tunjukkan perangai selepas minggu kedua. Dia nak tido beriba. Ye...beriba. Sampaikan aku nak mandi, nak makan pun susah. Apa pun tak boleh nak oiii.... walaupun dia dah tido lena lepas aku susukan, bila aku letak jer atas tilam...otomatik buka mata dan nangis. isshh...terpaksa aku susukan semula bagi dia tido. Akhirnya aku cuba letak dalam buai baru-baru ni. Masa umur sebulan lebih. Erkk...dia terus tido...tido dengan lena. Tapi bila malam bole je si adra tido atas tilam. Tido lena sampai ke pagi pulak tu, tak bangun menyusu pun. Sampaikan aku yang akan bangun utk kejutkan adra menyusu. Setakat ni aku tak rasa tido berbuai ni tak menyusahkan aku pun sebab kalau nak balik kampung ke, memang dah ada buai di kampung. K...