pencarian kipas & lampu @ kedai Top Ten pula

sambungan dari pencarian kipas dan lampu dari post ni



sabtu yang lepas, sebelum aku balik ke kampung untuk cuti raya haji,
aku ke kedai lampu Top Ten di Puchong dulu.
hari tu kan aku pegi dah tutup.
kali ni nak cari baby fan jenama Elmark sebab aku nak pasang dekat bilik ketiga
di rumah yang aku baru beli tu.
bilik ketiga ni agak kecil sebab tu aku nak beli baby fan je.

Aku beli jenama Elmark dengan harga RM180.
Masa ni tinggal sekotak je.
Aku rasa baby fan jenama ni je yang murah sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain.
Kalau jenama KDK tu mencecah RM300++.

Rumah aku sekarang ni pun pakai Elmark juga untuk bilik ke 4.
Bilik ni kecik je..aku buat bilik stor.
Tapi aku ada perancangan nak jadikan bilik bacaan sebab tu letak juga kipas.
3 tahun lepas aku beli kipas ni dengan harga RM185.
Sekarang ni dah turun harga pulak.



Kipas ni agak berat sikit sebab bilahnya besi.
Pakai remote control tapi function biasa je.
3 kelajuan.
Tapi tak bole set timer semua la macam KDK tu.
Pada aku ok je...sebab bukan untuk bilik utama kan.
Kipas ni laju jugak ooo.....walaupun bilahnya besi.

Kemudian aku beli lampu untuk porch.
Lampu ni guna lampu T5. Harga RM32. [lupa snap gambo]

Lepas dah beli....kitaorang ke kedai House Lighting lagi sekali
sebab nak beli lampu untuk letak di pagar pulak.
Di kedai Top Ten tu tak banyak pilihan dan harga pun macam mahal skit.
aku memang dah survey kat kedai House Litghing hari tu.


  
Lampu pagar ni harganya RM29 satu...sekali ngan mentol kena tambah RM7.
So total RM36 satu. Aku beli sepasang jenis yang tinggi tu.
Niat hati nak beli tu je...sekali aku nampak la loceng wireless.
Tetiba teringat dah lama nak beli untuk rumah aku sekarang ni.
ye la..kekadang aku tak dengar orang panggil bila pintu tertutup kan.
Harganya RM35.



Bila compare 2 kedai ni...aku rasa harga lampu lebih kurang sama je.
Di Top Ten, kalau kita beli lampu, harganya bersekali dengan mentol mengikut mentol yang display.
Means kalau display tu lampu kuning, kalau kita nak tukar putih baru kena tambah harga.
Ni mengikut kata salesman dia la.

Tapi kalau beli lampu di House Lighthing, tak kira la lampu putih ke kuning ke,
tetap kena tambah RM7.
Kesimpulannya, bila dicampur tolak...harga lebih kurang sama je.

Tapi kipas aku memang suka beli di Top Ten sebab diaorang letak kotak2 kipas tu kat tengah2 kedai.
Memang banyak pilihan. Senang untuk kita tengok.
Kalau di House Lighthing tu, diaorg tak display semua. Letak gambar je dengan senarai harga.
Macam tak puas lak nak tengok kan.

ni aku sempat snap gambar untuk harga kipas KDK yang terkini setakat 12/10/13 di Kedai Top Ten.
kipas yang aku beli hari tu [kdk 4 bilah] harga sama je dekat House Lighting tu.
aku tengok harga kipas KDK ni makin naik. 3 tahun lepas aku beli model K14Y9 dengan harga RM279, sekarang ni dah mencecah RM286.

 

setel sudah beli kipas dan lampu untuk rumah aku tu.
dalam RM1500 juga.
itupun aku tak tukar semua lampu.
dalam bilik aku pakai lampu kalimantang je.
kalau aku sendiri yang dok rumah tu, memang aku pakai lampu lain.
tapi ni nak bagi sewa je kan, aku pakai lampu biasa je la.
cuma tambah sikit-sikit untuk lampu hiasan.
rumah pun dah hampir siap.
dalam 2 minggu lagi maybe siap sepenuhnya.
balik hari tu pun dah pilih cat, tai bilik air, tai dapur dan tai porch parking.
nanti aku tepek gambar bila dah siap k.

hari ni adik aku pegi setelkan cukai pintu dan cukai tanah yang owner tak pernah bayar.
nanti aku share pulak bab ni.
kan dah cakap, bukan senang nak uruskan urusan jual beli rumah lelong ni.
banyak benda nak disetelkan...
nasib baik adik aku ada ngeh2...

Comments

  1. hurm.. kipas bape kak ani beli? saya pnye mcm overprice je

    ReplyDelete
    Replies
    1. kipas kdk tu k.nie beli hrga RM238 yang 4 bilah....yang kipas elmark tu harga RM180.
      min beli kat mana? klu beli kat kedai elektrik mmg mahal skit.
      lupa nak inform, knie dah bgtau edy psl rumah lelong kalau ada kat area batu gajah tu.
      dia baru dpt senarai, dia kata bnyak. knie suh dia add min kat fb, nti ada apa2 nak tanya, inform je dia...

      Delete
  2. kau reno umh tu tak sayang ke nak bg sewa hani?buat jerla homestay..lagi untung...kalau org sewa takut rosak dan mcm2 hal..aku ni pun penin dgn org menyewa..huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana homestay berlambak dah rocky....klu bg sewa at least aku xpayah byar dah bulan2 kat bank...duit sewa dah cover, klu homestay bukan bulan2 dpt income pun dan saingan pun berlambak2 dah...buat reno pun sbb ada plan nak jual rumah tu...bila umah lawa skit harga bole jual tinggi...sewa pn bole tinggi skit...

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale