car boot sale bandar baru bangi

seperti biasa, aktiviti kami pada hari minggu adalah join car boot sale...dah jadi macam peniaga tetap pulak dah hehe. ye la, dari duduk rumah takde buat apa-apa (eh! ada ke isteri2 yang dok umah takde buat apa2?? huhu...rasanya takde. tak cukup tangan nak buat keje lagi ada la kannn.... tapi sebab seronok join cbs ni, gagahkan juga join sambil nak menghabiskan barang2 jualan. maybe nanti dah takde barang nak jual, baru stop kot! so, minggu ni kami try pergi tempat baru iaitu car boot sale bandar baru bangi. Tempat ni baru 3 minggu dibuka. Lokasinya di tempat letak kereta Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9 betul2 di sebelah kompleks PKNS Bangi. Bayaran tapak masih lagi harga promosi iaitu RM10. Kebetulan tengok di fb admin menyatakan minggu ni ada pertandingan suara burung di taman sebelah dimana sebanyak 800 penyertaan. jadi kemungkinan jumlah pengunjung ramai. Jadi kami pun saje nak try tempat ni sebab pernah dengar orang bagi feedback yang bagus. Sampai sana dalam pukul ...