Monday, August 15, 2011

Sourveniour from Bandung

Alhamdulillah...souveniour dari Bandung dah sampai 3 minggu yang lepas..ingat tak post ini? Parcel ni terus sampai ke pejabat pos di Ipoh, kena ambil di sana. Ayah dan adik  hani kena ambilkan sebab hani tak balik kampung minggu tu. Ingatkan dah tak de masalah bila dah sampai...rupa-rupanya ada lagi masalah yang timbul. Kena cukai kastam la pulak. Nak tau berapa? Hampir 1k.Boleh pengsan dibuatnya. Bayangkan la, tak berbaloi rasanya kan kalau harga barang campur lagi dengan cukai. Memang tak sangka kena bayaran cukai bila dah samapi Malaysia ni. Bincang punya bincang, akhirnya pegawai tu kurangkan harga dari jadi RM300. Tapi masih mahal jugak kan. Minta kurangkan lagi, sebab adik hani beritahu pada pegawai tu, barang tu adalah barang cenderahati untuk majlis perkawinan, bukannya barang untuk business. 

Pegawai tu beritahu, kalau pos melalui kapal..memang akan kena cukai. Kalau pos melalui flight, tiada cukai dikenakan. Tapi kos untuk pos melalui flight mahal sangat. Kalau melalui kapal laut, kosnya adalah separuh dari kos flight. Sebab tu hani pilih kapal, tapi tak sangka pulak kan kena cukai lagi...

Akhirnya, pegawai tu kurangkan dari RM300 jadi RM100, last..dah tak boleh kurang dah. Hurrrmmm nampaknya terpaksa jugak la bayar kan, kalau tak, tak dapat la bawak balik barang tu. Pegawai tu siap buka parcel tu nak tengok isi dalamnya. 
Nak dapatkan parcel tu pun kena tunggu 1 jam lebih, tah apa-apa la.

Alhamdulillah, parcel telah sampai pun di rumah. Minggu ni hani balik kampung, check setiap satu kotak dan kuantiti. Ada la dalam 10 kotak yang kemek, ada yg boleh dibaiki (letak gam semula ok la tu) dan ada juga yang rosak teruk sikit. Biasa la tu kan..belayar dari jauh..hahahaha


3 parcel sebesar bungkusan ni...kuantiti 1000 pcs.
haaa....ni la dia sourveniour tu...  


ni la rupa kotak anyaman dari bandung

zoom dekat lagi...macam-macam colour ada..
akan dihiasi dengan TQ tag dan riben...

check kuantiti dan terus letak dalam kotak

Ini adalah sourveniour untuk tetamu yang datang. Akan diletakkan dalam paper beg bersama 2 jenis makanan. Untuk keluarga en tunang dan rakan-rakan maybe kena beli hadiah yang lain. Tengah pikir barang ini. Tapi belum beli lagi. Peningggg oooo pikir doorgift ni.

6 comments:

  1. Wah, comel. Tu kalau kat bandung jatuh satu brape eh?

    ReplyDelete
  2. kasut pink: 2 ribu rupiah = 70 sen..kebykkan kat sana semua hrga bwh singgit, klu sourvenior kawin ni..

    ReplyDelete
  3. bestny k.honey... mau..mau... hehe

    ReplyDelete
  4. yana: bole..nti k.hani reservekan utk yana & en abe skali :-)

    ReplyDelete
  5. nk tanya....posting mcm ne yer??saya nk pergi...tapi xtaw utk posting brg bnyk2 mcm ner...nk buat bisnez

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu saya pos guna kapal laut...tapi makan masa 2 bulan...saya bagi address kat kampung, terus smpai di pej pos Ipoh. Kita kena ambil di sana. klu guna flight seminggu je, tapi ya ampun mahal la pulak...

      Delete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...