Kad kahwin akan dipos mggu ini.....

Assalammualaikum semua,

Monday blues hari ni. Tak sihat sikit selepas balik dari kursus team building di Felda Residence Tekam, Jerantut. Batuk dan badan dah rasa panas. Tapi gagahkan juga ke ofis, kadang-kadang sakit ni tak boleh dimanjakan sangat kan. Risau makin teruk je nanti. majlis semakin dekat. Ya Allah, berikan lah aku kesihatan yang baik.


Minggu ni dah kena pos kan kad jemputan pada rakan-rakan yang jauh dan dekat. Yang dekat tu sebab tak berkesempatan untuk berjumpa. Setiap minggu bz sangat.
Setem pun dah beli. Minta tolong pada rakan hani, Cik Ani. Tq ye tolong belikan.
Tak sempat nak ke pejabat pos. Kebetulan husband Cik Ani ni keje di pej pos,
so minta tolong husband dia belikan.

Hani beli 100 keping setem berharga 60 sen.
Pernah baca di blog rakan-rakan, menyatakan setem untuk kad kahwin adalah 80 sen.
Confius gak. Cik Ani tanya pada husband dia, diaorg cakap 60 sen je.
Confirm terus beli. Ikut cakap org yang keje pejabat pos, lebih dipercayai kan....hehehe




Tunggu ye kawan2, kad akan sampai tak lama lagi...

Comments

  1. hani...sampul kad hani bercetak ke?? kalau bercetak memang kena 80 sen...kalau kosong memang 60sen...kawan yana tanya sendiri kat pejabat pos...hari tu dia nak pos kad kawin pun kena beli setem yang 80sen punya...

    ReplyDelete
  2. sebab kad dia bercetak..

    ReplyDelete
  3. sampul tu bercorak. tapi takde la cetak nama. confius gak ni.risau gak klu tak sampai ni.byk gak tu..

    ReplyDelete
  4. sorry mencelah...yana, Cik Ani dah tanya hubby ikutkan mmg 60 sen jer kad biasa. tak kira bercetak ker atau tak bercetak dkt sampul surat tu kecuali kad kawen tu berat lebih dr rege sepatutnta. sekarangkan kad kawen mcm2 pattern maybe kad kawen tu dah terlebih berat!!! Info dr MR YB

    ReplyDelete
  5. ct anie...oh yeke...thanks 4 the info...mungkin masa kawan yana hantar kad tu setem masih kena 80sen kot..kad dia kad ekonomi je...cuma sampul dia bercetak...sekarang mungkin dah tukar agaknya...;)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu