Wednesday, August 31, 2011

Cincin nikah done !!!

Assalammualaikum semua
Di kesempatan ini Hani nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 
Kepada B2B, jangan makan banyak-banyak sangat masa hari raya ni, jaga badan yer ^_^ nanti tak muat baju pengantin lak...

Dah lama tak update blog ni kan. Terasa malas dan agak busy dengan persiapan raya (bz la sgt kan) hehehe..
ok, hari ni terasa rajin sikit nak update pasal weding preparation sikit.
Semalam dapat MMS dari en tunang. Tunjukkan gambar cincin nikah yang baru di ambil dari kedai. Cincin ni kami tempah bersama dulu di kampung en tunang di Kelantan. Kedai biasa-biasa jer, bukan di kedai yang mahal-mahal pun. Ingat tak post ni? Masa tu dah janji dengan tokei kedai untuk ambil masa hari raya sebab masa tu en tunang balik ke kampung. Hari-hari hani ingatkan en tunang supaya ambil (kadang-kadang dia ni seorang pelupa juga). Alhamdulillah, siap juga. En tunang pun suka dengan cincin ni. Rasa hepi. Selesai satu perkara. 



hadiah yang sangat bermakna dari saya untuk si dia yang tersayang *wink*


Menjelang 93 hari lagi.............

Wednesday, August 24, 2011

Guestbook


 Sedang survey untuk beli guestbook. (memang pemalas....semua nak beli)
 Jumpa beberapa blog kat bawah ni.
Ada yang mahal dan ada gak yang murah.
Bergantung kepada material.
Sebenarnya hani dah buat template untuk guestbook hani, just nak print 
dan hantar binding jer..tapi tak de idea nak hias macam mana...
tangan tak kreatif...biarlah dulu, malas pikir lagi..
tapi hati kuat menyatakan nak DIY....

Ok la, just nak share ngan korang kot-kot masih mencari kat mana nak order 
guestbook ni....

Harga: RM50-RM90


Simple Rhyme
 Harga: RM 200
Material: special paper (cream color), blank page


Harga: RM 150



Harga: RM 200
Material: Leather



Charm & Colors
Harga: RM55++ (depends on material)
Material (Coverpage) : Fabric
Material (Inside) : 120gsm paper (White/Cream/Pink)





http://creativebylynda.blogspot.com

Jom kelihatan kurus dgn SPANX !!!!

Just nak share dengan rakan-rakan b2b sekalian...
Dah tentu kita mahu kelihatan cantik semasa majlis kita nanti kan??
Tak nak nampak spare2 tayar kan....
Pernah dengar tentang SPANX tak??

Kebetulan member ofis hani nak order, so dia pun ajak sekali..
Boleh kurangkan kos shipping sebab beli direct dari US.
Dah kumpul-kumpul orang, dapat la 6 orang yang berminat nak beli termasuk la hani hehehe

Hani pernah baca beberapa blog b2b pasal Spanx ni, ramai yang kata ok. Kawan ofis hani pun kata ok dan puas hati sebab bodysuit ni nipis je, tak panas dan tak nampak kita besar kalau pakai.
Biasanya masa kita duduk, mesti lipatan perut akan kelihatan sikit kan...melainkan orang tu betul-betul kurus la..mcm hani gemuk pun tak, kurus sangat pun tak...sedang-sedang jer..tapi kadang-kadang ada ketika perut boleh buncit jugak bila time period kan...


So, saje la beli untuk pakai masa majlis nanti...eehh silap, sebelum majlis lagi nak pakai...hahaha
tapi kalau kita nak beli sehelai jer, tak payah la beli direct dari US, tak berbaloi rasanya..
hani ada jumpa satu blog ni, jual benda yang sama 
bole tengok di sini

 hani beli jenis bodysuit yang macam gambar di bawah ni. Harga RM 300++ camtu kot, tak sure lagi sebab kena tunggu barang sampai, lepas tu kena bahagi kos shipping tu dengan orang-orang yang order. Harga ni bergantung pada jenis, ada jugak yang harga dalam RM 100++.

Maklumat lanjut boleh tengok di http://www.spanx.com/




banyak pilihan....untuk orang pregnant pun ada juga...kalau mahu tengok slimming level, ada tertulis kat bawah tu...means kalau nak yang cepat slim, ambil level: Super Duper



sebelum order, tengok ukuran saiz betul-betul dulu...
b2b semua, jom kurus ramai-ramai....:-)

Monday, August 22, 2011

100 hari lagi...


hari ni genap 100 hari lagi majlis pernikahan hani dan en tunang....cepatnya masa berlalu...
setakat ni check list masih tak de apa-apa update lagi..
bulan pose ni malas lak nak pikir pasal persiapan kahwin..
nak cari barang pun rasa malas nak keluar rumah..
hari sabtu kelmarin last minit nak cari baju raya, hani pergi ke Jalan TAR dan Sogo...
MasyaAllah, manusia punyalah ramai....bukan setakat jalan raya jer jem..
manusia yang berjalan-jalan pun boleh jem jugak...
cepat-cepat cari sepasang baju dan sehelai tudung, dan sedikit barang di Sogo,
hani dan en tunang terus jer balik umah...
rasa sedih sebab tak dapat cari colour sama ngan en tunang...susah sangat nak jumpa colour terqoise, ada yg seakan-akan sama, hani tak berkenan pulak...nak cari lama-lama, rasa dah tak mampu dah..kepala dah mula rasa pening dgn keadaan org ramai tu...tak caya tengok gambar kat bawah ni..



Nampaknya tahun pertama raya sebagai tunang org, terpaksa la sorang biru terqoise, sorang purple...hambikk kau !!! colour tak match lansung....
sbnarnya hani dah beli kain pasang masa kat bandung hari tu, colour mmg sama dengan baju en tunang, disebabkan lambat sangat tempah...haa, kan dah tak sempat nak hantar kat tailor..padan muka kau hani !!!
en tunang pujuk " tak per la tahun ni tak sama, tahun depan kita dah raya sekali...baru buat baju sama yer"
huuurrrmmmm....baiklah :-(

Persiapan kahwin akan disambung selepas raya...kompem kelam kabut...huahuahua..
nak setelkan doc nikah, nak buat ujian HIV, nak tempah kad kahwin, nak tempah baju nikah, nak cari baju bertandang, nak setelkan doorgift, nak cari baju family, nak fitting baju pengantin dan bla bla bla....*pengsan*


Thursday, August 18, 2011

Jom buka parcel

Assalammualaikum dan selamat pagi semua...
Hari ini dah hari ke 18 kita dah berpuasa
Tinggal 12 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal...
Sekarang ni dah mood cuti kan...yea yea next week hari khamis hani dah mula bercuti dan
akan balik ke kampung ^_^

Oklah, sebenarnya hari ni hani nak tunjuk sesuatu. Atas permintaan rara dan gadis untuk tengok isi dalam parcel yang hani dapat kelmarin, semalam hani dah buka parcel tu...

Ni lah dia....




Masa hani buka dan kira kuantiti, rupanya tak cukup 2 pcs...hani order 150 pcs, tapi yang dapat 148 pcs. Then hantar email pada Renown Gift maklumkan pada mereka kuantiti yang dapat tak cukup. Renown gift memohon maaf atas kelalaian staff mereka dan terus pos baki 2 pcs lagi pada hani. So far, sangat puas hati berurusan dengan Renown Gift ni.


hani memang suka beli ready made...sangat-sangat la sesuai untuk orang yang malas macam hani ni...
hahaha *gelak*...tengok la gift bag tu, tak payah hias dah kan...

i'm counting the day : 105 days more....

Tuesday, August 16, 2011

Gift bag dah sampai

Ingat tak semlam hani ada order gift bag?
Sgt cepat penghantaran dari Renown Gift ni, 
ptg semalam buat payment..hari ni dah sampai di ofis kul 11.15 pg
suke..suke...:-)



Monday, August 15, 2011

Gift Bag

Hari ni hani nak share dengan reader semua...
Yang mana masih mencari-cari gift bag yang come' dan kiut..
Renown gift sedang buat promotion dari 13 Ogos - 10 Sept
Just hantar email, bagi nama, alamat, no fon & kuantiti yang kita mahu, Renown gift
akan send invoice kepada kita da n lepas tu bole la kita buat payment.
Diaorg reply email pun cepat je.

Normal Price RM1.60

NOW FOR ONLY
RM1.30
READY STOCK!!
Minimum order 100 pieces.
promotion from 13  Aug to  10 Sept 2011

Gift Bag Size: Length 17.5cm x Width 8cm x Height 26.5cm








comel tak?? comel kan....
hani dah order 150 pcs = RM 195...tambah delivery charge RM25 (pj-kepong tak la jauh sangat, tapi malas lak nak pergi pick up sendiri...hehehe) so total semua RM220..kita jugak bole campur-campur design yang kita nak.
gift bag ni hani nak bagi masa majlis nikah nanti, nak letak yassin yang dibeli hari tu [post ini] dan sedikit makanan (cupcakes @ apam polkadot), maybe ada lebih sebab majlis nikah tak ramai sangat orang kan, boleh la hani bagi pada kawan-kawan yang datang masa majlis sanding nanti.


so, pada yang nak dapatkan beg ni..cepat-cepat order sebelum habis promotion ye
yang mana duk area kepong, bole self pick up jer...jimat sikit kan.

sharing is caring ^_^

Sourveniour from Bandung

Alhamdulillah...souveniour dari Bandung dah sampai 3 minggu yang lepas..ingat tak post ini? Parcel ni terus sampai ke pejabat pos di Ipoh, kena ambil di sana. Ayah dan adik  hani kena ambilkan sebab hani tak balik kampung minggu tu. Ingatkan dah tak de masalah bila dah sampai...rupa-rupanya ada lagi masalah yang timbul. Kena cukai kastam la pulak. Nak tau berapa? Hampir 1k.Boleh pengsan dibuatnya. Bayangkan la, tak berbaloi rasanya kan kalau harga barang campur lagi dengan cukai. Memang tak sangka kena bayaran cukai bila dah samapi Malaysia ni. Bincang punya bincang, akhirnya pegawai tu kurangkan harga dari jadi RM300. Tapi masih mahal jugak kan. Minta kurangkan lagi, sebab adik hani beritahu pada pegawai tu, barang tu adalah barang cenderahati untuk majlis perkawinan, bukannya barang untuk business. 

Pegawai tu beritahu, kalau pos melalui kapal..memang akan kena cukai. Kalau pos melalui flight, tiada cukai dikenakan. Tapi kos untuk pos melalui flight mahal sangat. Kalau melalui kapal laut, kosnya adalah separuh dari kos flight. Sebab tu hani pilih kapal, tapi tak sangka pulak kan kena cukai lagi...

Akhirnya, pegawai tu kurangkan dari RM300 jadi RM100, last..dah tak boleh kurang dah. Hurrrmmm nampaknya terpaksa jugak la bayar kan, kalau tak, tak dapat la bawak balik barang tu. Pegawai tu siap buka parcel tu nak tengok isi dalamnya. 
Nak dapatkan parcel tu pun kena tunggu 1 jam lebih, tah apa-apa la.

Alhamdulillah, parcel telah sampai pun di rumah. Minggu ni hani balik kampung, check setiap satu kotak dan kuantiti. Ada la dalam 10 kotak yang kemek, ada yg boleh dibaiki (letak gam semula ok la tu) dan ada juga yang rosak teruk sikit. Biasa la tu kan..belayar dari jauh..hahahaha


3 parcel sebesar bungkusan ni...kuantiti 1000 pcs.
haaa....ni la dia sourveniour tu...  


ni la rupa kotak anyaman dari bandung

zoom dekat lagi...macam-macam colour ada..
akan dihiasi dengan TQ tag dan riben...

check kuantiti dan terus letak dalam kotak

Ini adalah sourveniour untuk tetamu yang datang. Akan diletakkan dalam paper beg bersama 2 jenis makanan. Untuk keluarga en tunang dan rakan-rakan maybe kena beli hadiah yang lain. Tengah pikir barang ini. Tapi belum beli lagi. Peningggg oooo pikir doorgift ni.

Thursday, August 11, 2011

E-Day Review: Outdoor Photoshoot

Lokasi : Taman Rekreasi Gunung Lang & Taman DR Ipoh
Masa: 4.30-6.30 petang

Taman rekreasi gunung lang ni tak jauh dari rumah hani...ada la dalam 10 min jer...kalau lalu highway PLUS 
boleh nampak tempat ni...memang cantik tempat ni, selalu menjadi tempat favourite pengantin2 untuk bergambar outdoor. Masa tu pun, ada 4-5 pasangan bergambar kat situ....tp semua pengantin la, hani jer bukan pengantin hehehe....

Jom..kita layan gambar.....



kitaorg tengah dating....adalah pulak kaki skodeng !!!

        

haaaa....tengok tu...kiri kanan ada org skodeng...


HAAAHHHHH....sekali kena terjah oleh GENG TERJAHHH daaaa !!!!





 

siapa dapat sambut bunga i...dia lak akan kawin lepas ni.....
haahhh....sambuttttt !!!

aku punya !!!! aku punya !!! aku punya !!!!

  
we're in LOVE




semoga kami 'dilahirkan' untuk bersama sehingga ke akhir hayat...amin

tangkap gambar sampai guling-guling atas rumput ahaksss...




gaya seorang putera meng'ayat' puteri hatinya...cewaahh (sila muntah !!! uweekkssss)

 



dan gambar paling MAHAL...jeng...jeng...jeng...


siap PANJAT POKOK tau !!!! klu mak mertua tgk ni..kompem i kena reject...ngeh2x
ssssshhhhh.....dpan bakal mak mertua i sopan tau ^_^


     

OP profesional (baju hitam) & adik hani (baju biru) -
 aksi meraka mendapat perhatian 2 org gadis di blkg tu  :-)

Terima kasih my official photographer (abg din) kerana merakam saat-saat manis kami berdua...dan tak lupa juga pada adik hani yang turut menjadi photographer tak rasmi...abg din juga tak kedekut ilmu mengajar adik hani bagaimana mengambil gambar yang betul...adik hani mmg berjinak-jinak dgn camera DSLR, ada juga pergi kelas photografi, cuma dia masih baru dan kurang pengalaman lg...sebab tu hani kena ambil juga OP..so far, hani tgk gambar dia ambil ok juga, cantik...cuma dia tak begitu pandai sgt untuk edit gambar secara advance..skit2 bole la...masih belaja lg...masa abg hani kawin hari tu, abg tak hired OP, jadi dia yg amikkan gambar dan edit sekali...tapi sampai skrg tak siap-siap lagi huahuahua.....


okey, dah penat...jom kita balik



Memamg happy & gila-gila kitaorg masa photoshoot ni...time kasih juga pada sepupu/abg/adik hani yang sudi jadi prop....gambar di Taman DR tak banyak sangat sebab masa tu family en tunang dah nak balik...sebab dah lewat sgt...jalan ke kl pun dan semakin jem *ampun* - rasa bersalah la pulak !!!

abg din nampaknya masih tak puas ambil gambar...abg din bgtau selalunya selagi dia tak puas ambil gambar, dia tak kan stop...dan selalunya pengantin yang akan suruh dia stop sebab dah tak larat bergambar....

hani pun ikutkan masih tak puas bergambar lagi, tp nak buat camne kan...family en tunang dah nak balik...
abg din pun cakap...nanti gambar kawin bole posing puas-puas...baiklah !!!!

p/s : next lokasi: taman botani ipoh dan Masjid Ubudiah K.Kangsar (kalau sempat)
 untuk photoshoot kawin nanti....
B2B dari perak...any suggestion tak, tempat mana lagi yang best ?? biasa org buat kat Kellie's Castle, stesen keretapi ipoh...hurrmmm ada tempat lain tak???


nota kaki:
semua gambar ni telah dimuatkan dalam custom album...bole tengok di sini 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...