Gambar canvas

Ahad yang lepas, hani dan en tunang pergi ambil gambar canvas yang ditempah dengan Perfect Canvas (PC). Tempah sebelum raya, tapi tak ambil2 pun. Pengalaman deal dgn perfect canvas ni, kita yang kena tanya sama ada gambar dah siap ke belum. Bulan lepas nak ambil tapi terpaksa tangguh sebab kereta eksiden.

Plan nak ambil hari sabtu, then hari jumaat tu dah sms pada PC. Janji ambil malam sebab waktu siang PC nak pergi kenduri. Dalam pukul 8, hani sms tanya nak ambil di mana....PC reply kata kenduri tu di Melaka, so diaorg tak balik KL mlm tu....adehhh, nasib baik tak keluar rumah lagi. Kenapalah tak bagitau awal2 kan.

So, hari ahad hani sms lagi nak ambil. PC suruh ambil di rumahnya sebab keretanya rosak. Kami pun pergilah mencari rumahnya di Cheras Hartamas. Dah dapat pun gambar canvas. Hani tempah sekali dengan easel (RM50). Tapi agak mengecewakan juga, sebab gambar hani tu memang bentuk landscape, sepatutnya easel tu kena adjust skit bagi tinggi tempat letak tu. Easel tu sesuai untuk gambar bentuk potrait.

Cuba tengok gambar bawah ni, bila dah letak gambar tu, kan nampak kayu kat bahagian atas tu....klu bentuk potrait mesti la kayu tu tak nampak kan.....okeh, tu xper lagi...masih bole diterima...ada lagi ni yang tak puas hati.....


Easel tu jadi tak stabil sebab bahagian atas kayu tu hampir patah. Betul-betul dekat dengan skru yang dipasang. En tunang cakap 'ni kalau angin tiup mau tumbang gak ni'....huhuhu...Masa ambil tu waktu malam, memang tak perasan. Kalau tak, memang hani dah cakap PC tu...
Rasa cam tak berbaloi pulak easel dengan harga RM50 tapi dapat yang macam ni. Sangat-sangat la tak puas hati. Maybe ini kali pertama dan terakhir tempah di PC kotttsss.......

Comments

  1. gmbr da cun tp npe la diorg 2 cam2 eh..PC 2 slalu problem kn kak..nk mniaga 2 elok2 la kn..kte bkn xbyr..

    ReplyDelete
  2. nora: tu la psl nora...kita bukan murah tu...tp nape la camtu servis kan...adooiii keciwa btul..

    ReplyDelete
  3. TPC nida dengar, mmg mcm2 problem..ada yg lambat dia hantar gambar canvas, easel diorg pon mahal kn..xpela..sabar ye..dugaan..

    ReplyDelete
  4. nida: mmg problem...lmbt sgt siap,pastu senyap je.selagi kita tak tanya,selagi tu la PC snyap..mmg mahal easel tu,buat sendiri pun bole...tgk kayu pun xkualiti..sabar je la !!

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu