Friday, November 25, 2011

Tudung+Veil Nikah


Sebelum balik ke Ipoh, hani singgah ke rumah Puan Vispera untuk ambil tudung & veil nikah yg ditempah. Koleksi Vispera amatlah terkenal di kalangan B2B kan...Puan Vispera ni namanya Kak Hawa. Sangat baik dan peramah. Tak berkira sangat.
Hani dah booked awal lagi, masa tu dalam bulan 8. Just bagi nama, takut tempahan dah penuh. Hani buat temujanji akhir bulan Nov.

Kami jumpa di Jusco Tmn Maluri. Pn Vispera akan bawa contoh tudung awning supaya kita dapat pilih yang bersesuaian yang dengan muka kita. Masa tu kitaorg g toilet utk cuba tudung.
Kalau nak tempah, bawa siap-siap cebisan kain yer. Hani pula tak bawa cebisan kain, kebetulan masa tu baru lepas ambil baju nikah, so hani bagi jer la kain nikah tu utk puan vispera buat contoh kain supaya sama dengan baju.



Tudung: chiffon awning
Veil: chiffon


 Suka sgt dengan tudung ni. Selesa. Puan Vispera letakkan batu swaroski di atas veil. Nak bagi match dengan baju. Hani ada beli batu swaroski jenis kecil ni di Jalan TAR, harganya sebiji 60 sen. Mahal betul, padahal kecil jer kan. Berapa la harga swaroski yang besar tu mcm dekat baju hani tu kan? Nasib baik beli di Bandung, murah la sikit.

Harga tudung + veil ni, hani pun takut nak cakap. Apa yang hani boleh cakap, inilah tudung yang pertama dan terakhir...sekali kot seumur hidup pakai harga tudung seperti ini. 
Mengikut pn vispera, sebenarnya harga yang hani bayar adalah kos tudung ni shj, dia tak kira betul2 sangat. Untuk next customer yang nak tempah macam ni, harga lebih mahal sedikit...huhuhu

5 comments:

  1. Memang berhabisan sungguh hani untuk wedding ni ye..
    papepun.. selamat menempuh alam baru..
    "dup dap dup dap..."

    ReplyDelete
  2. kakak nora kwen pon tmph inner ngn Vispera..jmpa kt jusco maluri gak..hrga mmg tkut nk ckp kn kak..tp skali seumo hdup kn..mhl pon xpe..tp nice la veil ni..pasni bt sewa la kak...(^_^)

    ReplyDelete
  3. kak ana: utk nikah je bujet lebih...yg lain tu biasa jer...mmg bujet xbyk...huhuhu

    nora: tu la, hrga agak terkojuttt dgr..sekali seumur hidup nak merasa. maybe pasni nak buat sewa, leh cover balik hehehe

    erin: tq dear...:-)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, boleh sy tnya. Veil nie open utk sewa ke? Klu yes..please email me at shuk_sham@yahoo.com. tq

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...