Friday, November 11, 2011

11.11.11 yang terpaksa dilepaskan

Assalammualaikum dan selamat petang semua
Lamanya tak update blog ni...hurrrmmm tah la, macam xde mood lak...tak tau nak story apa walaupun banyak benda nak dikongsikan.

Wedding preparation macam terbengkalai jer....hahaha
No progress. Review pasal baju nikah dan bertandang ni next time la hani cerita k...

Perasan tak tarikh hari ni? cantik kan....walaupun ianya tak de apa2 makna pun disebalik nombor tu.
Sebenarnya tarikh ni adalah tarikh nikah pilihan hani dan en tunang.
Lepas majlis bertunang, terus pilih tarikh dan terus inform pada OP untuk booked tarikh cantekss ni...
OP pun dah setuju, sebab tak de orang booked lagi. Maklum la, masa tu lambat lagi kan..

Tapi bila kitaorang nyatakan hasrat untuk pilih tarikh tu, family en tunang tak setuju sebab masa tu bukan cuti sekolah. Kakak dan abang ipar en tunang bekerja sebagai guru. Mereka tu boleh dikatakan orang kuat family la. Memang susah la nak cuti kan.
Kesimpulannya.....melepas la tarikh 11.11.11....hukhukhuk
Tak pe lah, itu hanya sekadar no kan....yang penting majlis berjalan dengan lancar (ayat sedapkan hati)
heee.....Terus cancelkan tarikh dengan OP. Kebetulan ada orang lain yang tanya tarikh tu pada OP, rezeki mereka.


No comments:

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...