Wednesday, November 30, 2011

Signage


Malam ni siapkan signage.
Tgh nak print signage, ink pulak habis.....adooiii saje je kan printer ni...
Tergendala keje. Ingat esok nak g laminate.
Signage simple jer, buat dalam word. 
Nanti klu nampak signage ni, just follow jer...insyaallah sampailah ke rumah hani nanti.






*gambar kartun sy amik di google....minta maaf kepada tuan punya gmbar...pinjam eh..tq^_^

Sunday, November 27, 2011

Dugaan...pelbagai dugaan !!!


Orang cakap, bila nak buat benda baik...macam-macam dugaan datang.
Bila diri sendiri melaluinya, hanya KESABARAN yang menjadi penguat semangat.
Banyaknya dugaan yang datang, hati rasa bosan, kecewa dan nak marah jer. 
Ya Allah, kuatkan imanku....sesungguhnya marah itu datangnya dari syaitan yang direjam.

Entahlah, kadang-kadang tak tahu nak luahkan pada siapa. Takkan ada seorang pun yang akan memahami apa yang kita rasa. Kadang-kadang perkara yang akan menggembirakan kita, ia juga akan membuatkan kita sedih. Banyak....terlalu banyak. Biarlah diri sendiri yang melaluinya, biarlah hati ini yang menahan segala kesedihan.
Semoga hati ini terus TABAH.


Doorgift majlis nikah


Doorgift untuk majlis pernikahan jumaat ni.
Isi dalam akan diletakkan surah yassin + cupcake.
Kuantiti cuma 100pcs beg jer. Ada lebihan beg 50pcs lagi yang kosong sebab hani beli beg ni 150 pcs.
Cadang nak bagi pada rakan2 yang datang masa majlis keesokkan harinya.
Sape cepat dia dapat....ada 50 je lagi. Kalau lambat, dapat kotak beg yang biasa jer...hehehe

Handbouquet kristal

Bunga tangan kristal untuk majlis akad nikah nanti.
Tempah di Ribbons Craf dengan harga RM100.
Tapi tak pasti harga sekarang berapa. Sebab masa tempah masih harga promosi.
Boleh request colour mengikut kehendak pelanggan. Hani request colour merah+pink.
Tapi pink tu nak sikit jer, sebab nak bagi lagi menyerlah dengan colour merah.
Nanti hani post gambar pegang bunga tangan kristal ni lepas habis majlis nanti yer....


Friday, November 25, 2011

Operasi cat bilik pengantin

Bilik pengantin ni dicat pada hari raya haji yang lepas. Sejak dok rumah ni, tak pernah berganti cat.
Dinding pun dah ada rekahan cat dah. Memang kena cat baru. Bilik ni memang kosong, tak digunakan. Kalau hani balik jer baru guna bailik ni. Lagipun nanti tema warna hijau, so wedding planner suh bilik dicat dengan warna krim.  Nasib baik ada lebihan cat yang diguna masa cat rumah hani di Bukit Serdang tu. Jimat, tak payah beli yang baru.








ICI DULUX - Light & Space
Colour: Creamy

in progress.......

beberapa part di gambar perlu di 'padam'......hehe

Ni la pekerja indon yang cat kan bilik tu...uuuwaaaaa....pengantin kena cat bilik sendiri okeh !!!! siap panjat tangga nak cat di bahagian atas....Multitasking betul la bakal pengantin ni...(dah takde orang nak tolong cat....:-(



Tudung+Veil Nikah


Sebelum balik ke Ipoh, hani singgah ke rumah Puan Vispera untuk ambil tudung & veil nikah yg ditempah. Koleksi Vispera amatlah terkenal di kalangan B2B kan...Puan Vispera ni namanya Kak Hawa. Sangat baik dan peramah. Tak berkira sangat.
Hani dah booked awal lagi, masa tu dalam bulan 8. Just bagi nama, takut tempahan dah penuh. Hani buat temujanji akhir bulan Nov.

Kami jumpa di Jusco Tmn Maluri. Pn Vispera akan bawa contoh tudung awning supaya kita dapat pilih yang bersesuaian yang dengan muka kita. Masa tu kitaorg g toilet utk cuba tudung.
Kalau nak tempah, bawa siap-siap cebisan kain yer. Hani pula tak bawa cebisan kain, kebetulan masa tu baru lepas ambil baju nikah, so hani bagi jer la kain nikah tu utk puan vispera buat contoh kain supaya sama dengan baju.



Tudung: chiffon awning
Veil: chiffon


 Suka sgt dengan tudung ni. Selesa. Puan Vispera letakkan batu swaroski di atas veil. Nak bagi match dengan baju. Hani ada beli batu swaroski jenis kecil ni di Jalan TAR, harganya sebiji 60 sen. Mahal betul, padahal kecil jer kan. Berapa la harga swaroski yang besar tu mcm dekat baju hani tu kan? Nasib baik beli di Bandung, murah la sikit.

Harga tudung + veil ni, hani pun takut nak cakap. Apa yang hani boleh cakap, inilah tudung yang pertama dan terakhir...sekali kot seumur hidup pakai harga tudung seperti ini. 
Mengikut pn vispera, sebenarnya harga yang hani bayar adalah kos tudung ni shj, dia tak kira betul2 sangat. Untuk next customer yang nak tempah macam ni, harga lebih mahal sedikit...huhuhu

Teaser Baju Nikah

Salam my luvly reader n silent reader...
Alhamdulillah, skrg ni hani telah berada di kampung. Byk keje yang menanti.
Apapun, update blog dulu sebelum memulakan keje esok. Nanti kalau dah buat keje, takde masa nak update blog kan...


Konon nak teaser baju nikah...tunjuk terus je la kan....xyah teaser2 hehe...
Cerita pasal baju nikah ni  ada di sini dan sini.
Hani buat baju kurung moden +leher cekak musang.
Jenis kain: satin+net+kain batu swaroski (1 set)


                    




Batu swaroski di bahagian bawah baju. Sebenarnya hani nak tailor tu letakkan batu di bahagian dada,
tapi tailor buat di bawah baju pulak. Silap hani juga, tak bagitau secara detail. Redha jer la. (dalam hati meronta-ronta rasa macam nak buka jer balik....huhuhu)

bahagian bawah kain.
Beading manik ni hani minta tambah pada bahagian bawah kain, sebab kain tu nampak mcm kosong je kan, kena tambah RM200. Kalau tak upah RM300 jer..Bila dah balik rumah, rasa menyesal lak suruh tambah...adooiiiii menyesal kemudian tidak ada gunanya. Proceed jer la. Dalam hati sayangnya duitku....

Leher cekak musang. Lebihan batu ditampal di leher.


bahagian tangan
                                 
taburan batu swaroski
                                 



Batu-batu swaroski tu diikat dengan besi di kelilingnya. Sangat-sangat bermasalah bila dipakai dengan kain net tu. Batu tu akan tersangkut-sangkut di atas kain net. Sangat stress tahap maksima bila pakai. Hani rasa kalau batu tu diletakkan di bahagian dada (seperti apa yg diinginkan, mungkin tak akan tersangkut kan) Huurrrmmm tak tau la macam mana di hari majlis nanti. Dah la hani akan duduk masa majlis akad nikah, kompem tersangkut. Tugas bridemaid la yang akan betul-betulkan kain i nanti....huhuhu

Batu tu memang la cantik, berkilau-kilau jer bila pakai, tapi agak tak sesuai dikenakan dengan kain net. Kalau la hani tahu macam ni, maybe hani takkan gunakan kain net tu. Gantikan dengan yang lain kan. Dah rasa macam xde mood je nak pakai. 

Kos baju: RM823
Upah: RM500

TOTAL = RM1323




Wednesday, November 23, 2011

Wordless Wednesday #last day

Hari ni last day kerja...esok dah mula bercuti panjang dari 24 Nov - 13 Dis 2011
Mood hari ni sangat LEMAUUUU.....
Jasad di tempat kerja, fikiran dan perasaan dah sampai ke kampung...
Banyak kerja menanti di sana....
Esok akan pulang ke kampung, kereta dah tentu sarat dgn pelbagai barang.

Doakan segala urusan saya dipermudahkan olehNya...amin



Guestbook siap

Guestbook hani hantar binding di area UKM. Murah juga sebab tempat student kan. Hani buat binding hard cover RM20 je. Teringat masa hantar tesis yang menyakitkan kepala otak di sini.




Ayat di bawah tu hani  nak diletakkan di bawah sikit sebab tengah2 tu nak letak gambar. Tapi ke atas la pulak orang tu buat, ada space sikit jer. Guestbook ni hani tak sempat nak hias lagi, kosong je kan. Tak cantik lansung. Tengok la kalau rajin dan sempat nak hias. Kalau tau, biar jer la kosong....huhuhu
 


Isi kandungan dalam guestbook ada ni :
konon nak bagi lain sikit, letak la kertas transparent macam kertas minyak tu...menyebabkan kedutan bila dah binding *tak sesuai okeh

ruangan untuk Photographer kami...siap letak logo rasmi lagi hehe

pembuka kata dengan ucapan pantun *ciplak pantun dari blog b2b...tp xingat sape..ampun yaa



penghujung kata...."Thank You For Sharing Our Special Day"
*nampak tak kedutan tu....lain kali guna je kertas pink A4 biasa tu...
Nanti jgn lupa yer menconteng sepatah dua kata di atas guestbook ni. Kenangan buat kami. Mesti seronok baca coretan kamu semua nanti. Boleh tunjuk dekat anak cucu nanti cheewaahhh.....
 Ada doorgift utk sesiapa yang menulis. Tapi doorgift ada 50 pcs jer. So, sape cepat dia dapat....


10 hari lagi....dup dap...dup...dap

Monday, November 21, 2011

Kasut Majlis Bertandang

Semalam (Ahad 20/11/11) hani & adik pergi mencari kasut untuk dipakai semasa majlis bertandang nanti. Last minit punya kasut huhu. Nak cari kasut warna putih sebab baju dah warna maroon kan. Cari di Sogo tapi tak de yang berkenan. Lepas tu, terus ke Times Square sebab di sana memang banyak pilihan kasut warna putih.

Survey punya survey, akhirnya jumpa kasut yang murah dan cantik.
Harga RM59.90. Murah kan. Tapi takde jenama la. Tak kisah la takde jenama pun, nak pakai kejap jer....

Di Times Square memang banyak pilihan kasut untuk pengantin. Harga antara RM70-100. Cuma kedai yang hani jumpa jer murah sikit harganya. Maybe sebab kedai tu tersorok sikit dari kedai-kedai yang lain.



  
 Pandangan sisi

 
 Pandangan atas
ada brooch besar di bahagian depan

ada batu-batu berkilat di tumit kasut
Suka sangat dengan kasut ni. Dapat juga cari kasut yang masih dalam bujet.
Yang penting murah dan cantik kan...(cantik ke??? xkisah la, pada hani cantik jer hehehe)


Thursday, November 17, 2011

Day 2 in Seoul

jom sambung post trip ke korea hari tu...post day 1 di sini 


20/4/2011

Lepas solat subuh, hani dan k.ros bersiap utk berjalan sekitar bandar seoul. Waktu di Seoul adalah 1 jam lebih cepat dari M'sia. Klu di sini pukul 8 pagi, di Seoul pula pukul 9 pagi. Korea sgt susah nak cari makanan halal. Memang ada yg halal tapi agak mahal bila dah convert dgn duit kita. Lagi satu, susah juga klu setiap kali nak makan kita nak ke tempat yg sama je kan. Dah la jauh. Oleh itu, kitaorg dah bw macam2 makanan dari Msia. Antaranya:
-beras (siap bw periuk nasi comel tau)
-serunding
-sardin
-sambal ikan bilis (masak sendiri)
-kari ikan (tin)
-kurma daging (peket)
-kari ayam (tin)
-roti, biskut
-gula,garam

haaa...macam nak g berkelah jer kan...hahaha..mmg cukup bekalan kitaorg utk tempoh 7 hari. Tak pe la susah skit nak bawa semua brg tu, janji bab mkn senang nanti hehehe..rasanya 2 hari jer kitaorg makan kat luar, yang lain semua bawa bekal. Ada juga misi kitaorg mencari makanan korea, tapi next entry nantilah baru cite yer...

Lepas breakfeast, kitaorg bawa siap2 bekalan untuk makan dalam perjalanan nanti.
Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa beli T-Money. T-Money ni lebih kurang macam kad Touch N Go la. Kad yang boleh digunakan untuk perkhidmatan awam seperti bas dan subway (tren di sana dipanggil subway). Kalau kita pakai T-Money ni lebih jimat. Maklumat lanjut boleh refer di sini. Sebelum keluar, jangan lupa bawa map. Di guesthouse ni ada disediakan pamplet map utk pelancong. Free jer.

depan guesthouse (di celah2 bangunan rupanyer)
                                             
ni lah rupa T-Money
T-Money di ada jual di kedai serbaneka macam 7e. Just tengok kat kedai ada lambang T-Money, boleh beli di sana dan topup sekali. T-Money ni pun bole topup dekat mesin di setiap stesen subway.

Hari kedua ni kami telah melawat tempat-tempat berikut:

1. Namdemum Market
- merupakan pasar yang terbesar dan popular di bandar seoul ni. Macam-macam ada dijual disini. Pakaian, makanan, barang-barang perhiasan dan macam-macam. Harga??? Ada yang mahal dan ada yang murah. Tapi bila dah convert ke RM, dah tentu jadi mahal kan. Kadar mata wang masa tu adalah 1 ribu won = RM2.89. Kalau dah pelancong, tentu harga tinggi sikit kan. Sama la macam pelancong luar dtg negara kita kan. Di sini, kami shopping brooch jer. Brooch mmg murah. Yang saiz besar dan cantik2, bila dah convert duit RM, dalam belas2 ringgit jer. Di KL, orang jual mesti dah jual puluh2 ringgit.

Underground shopping complex pun sangat la banyak. Boleh dikatakan semua stesen subway di bawah tanah tu ada mesti ada lot-lot kedai yang menjual pelbagai barangan.

seberang jalan jer Namdeumum Market ni dari guesthouse kami...tak silap market ni ada 8 gate utama
             

tengok-tengok baju

amboiiii.....mesranya penjual sourveniour ni...
                               
cari sourveniour
                                     

Underground Shopping Complex
                                       

2. Myenong-dong Market
-merupakan kaw membeli belah juga seperti di Namdeumum tapi kawasan ni lebih tertumpu kepada golongan remaja dan orang muda. Dari segi pakaian lebih vogue di area sini dan banyak restoren yang high class dan pejabat. Di sini kami tak beli apa2 pun, sekadar tengok kawasan sekeliling.


tanya mamat ni jalan....sempat juga nak snap gambar....


3. Namsangol Hanok Village
-Di sini kita berpeluang melihat rumah tradisional masyarakat Korea. Dari segi rekabentuk rumah dan juga peralatan dalam rumah. Masuk dalam kaw ni adalah percuma. Selain tu, kita juga berpeluang mencuba pakaian korea yang dinamakan Han-Buk. Kena bayar 3000 won (RM 9). Jgn risau kalau kita tak tahu pakai pakaian ni, sebab penjaga di situ akan pakaikan utk kita. Kena beli tiket dulu dekat kaunter yang disediakan, kemudian tunjuk jer resit kat penjaga baju tu.

                                         


                                          

                                         


                                      


ada rupe Maharani tak?? hehehe

Masa ni ada pertunjukkan taekwando di perkarangan Hanok Village ni. Kitaorg pun berhenti sekejap untuk melihat. Fuuuhhhh dasat persembahan diaorg, boleh terbang-terbang la diaorg ni. Kagum betul. Memang macam cite cina dalam tv tu. Terpegun sekejap. Seriussss.

                                     

                                     
Hebat tak saya??? hehehe
                                   
Lepas persembahan, penonton berpeluang mengambil gambar bersama ahli taekwando
                                   

3. Namsan Park
- Lepas ke Hanok Village, kami berehat sekejap...mengisi perut yang dah mula kelaparan. Sejuk kawasan ni sebab atas bukit kan. Kaw Namsan Park ni sangatlah tenang dan cantik dengan pokok-pokok sakura di kiri kanan jalan. Tempat ini menjadi pengunjung beriadah utk berjoging, berkelah dan bersantai. Kalau nak ke N-Seoul Tower, kita akan melalui Namsan Park ni terlebih dahulu. Sangat-sangat jatuh cinta dgn Namsan Park ni.

                         

macam gambar lukisan kan....

 Bekalan hari ni adalah nasi, sambal ikan bilis + serunding dan kari ikan. 

kita makan dulu sebelum sambung perjalanan......


4. N-Seoul Tower
- Untuk ke N-Seoull Tower, kita boleh memilih sama ada untuk mendaki (naik tangga) atau naik cable car. Masa tu, kitaorg mendaki sebab tak tahu kat mana stesen cable car tu. Lagipun baru hari ke-2 kan, excited la sikit nak berjalan kaki ni. Nak nengok2 kaw la katakan. Tapi bila dah naik tangga, fffuuuhhh semputttt okeh !!! tinggi n banyak lak anak tangga...

dari tangga ni lah kami dah start mendaki....amacam, tinggi  tak??? ada beratus lagi anak tangga  lagi kat atas tu.

Sampai di atas, dah tercungap-cungap. Tapi sangat la teruja dapat melihat pemandangan seluruh bandar Seoul dari atas bukit tu. Sejuk yang amat sangat. Lepas tu terjumpa la kawasan yang dipenuhi dengan padlock. Sampai boleh jadi pokok tu.




The Tree of LOVE

Kawasan padlock ni merupakan simbol di seoul tower. Suatu ketika dulu, sesiapa yang membuat hajat di atas Gunung Nam San, segala hajatnya akan tercapai. Sejak itu, kaw ini menjadi tempat pasangan kekasih menyampaikan hajat mereka untuk hidup bersama dan menggunakan mangga seolah2 perjanjian itu dikunci tanpa boleh dimungkiri. Kaw ini dikenali dengan nama A Lock of Love. 


di celah-celah pokok mangga....:-)

A Promise for Endless Love ' I Love U'
                                   
bukan sahaja pasangan kekasih, ada juga yang melahirkan perasaan kasih dan sayang untuk keluarga mereka.
                                   
Selain tu. di atas ni juga ada Teddy Bear Museum. Tapi kitaorg tak masuk pun. Mahal juga tiketnya. Kena berjimat-cermat sikit :-) Bergambar dengan bear besar tu pun cukup la....





                         
                           

Seoul Tower tu sangat cantik bila waktu malam bila dah dipasang lampu yang bertukar-tukar warna. Kita juga boleh beli tiket utk naik puncak seoul tower utk melihat dengan lebih jelas seluruh bandar seoul. Masa balik, dah tak larat nak turun tangga. So, kami decide nak merasa naik cable car. Lagipun masa tu dah gelap, risau juga kan. Harga cable car tak ingat pula. Tapi rasanya dalam RM9 kot, utk perjalanan 5 min jer...hehe mahalnya.


Turun dari cable car, terkial-kial cari jalan balik. Main jalan jer...walaupun sbnarnya guesthouse kami seberang jalan jer. Tapi disebabkan tak tau jalan, abis la memusing ikut jalan jauh. Hehehe dah hari last tu baru perasan.

Hari ke-2 terasa sangatlah penat. Sebab banyak berjalan dan mendaki kan. Sian kaki ni....huhuhu
Sampai bilik, terus mandi dan pengsan.......

Sambung hari ke-3 pulak yer....
































LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...