minum susu kambing


Seperti yang diketahui, susu kambing ni kan susu kedua terbaik selepas susu ibu.  
Tapi ramai yang tak tahu kebaikkan susu kambing ni.
Kenapa?? Sebab pemikiran kita telah didedahkan dengan kebaikkan susu lembu oleh orang Barat.
Sedangkan kita tidak tahu, susu kambing adalah lebih baik dari susu lembu.
Susu kambing adalah minuman kegemaran Rasulullah kita.
sunnah nabi tu untuk kita amalkan.

Aku nak share pengalaman minum susu kambing ni.
Sebelum ni aku memang payah nak minum susu kambing ni.
Daging kambing pun aku tak makan, inikan pula susu dia.

Tapi bila aku preegy anak pertama hari tu, aku paksa juga diri untuk minum susu kambing ni.
Sambil minum, tutup hidung sebab rasa macam tak tahan baunya.
Bila setiap hari aku minum..aku dah jadi terbiasa.
Aku jadi suka...dan aku bole minum tanpa tutup hidung sekarang ni.
Bau pun aku dah boleh tahan.

Alhamdulillah, anak aku tidak terkena kuning (jaundies) semasa dilahirkan [dengan izin Allah].
Tapi kena amalkan, maksudnya bukanlah sekali dua minum kita mengharapkan anak kita tidak terkena kuning.
Aku pernah post petua untuk elakkan baby terkena kuning oleh Ustaz Wan Asrul [post ni], pun ada menyatakan perkara yang sama, amalkan meminum susu kambing semasa mengandung.

Kalau boleh amalkan dari mula mengandung lagi.
In shaa allah, susu kambing ini tidak memudaratkan pada anak dan ibu.

Ada juga yang cakap, tak minum susu kambing pun...anak takde pun kuning.
Kalau camtu, alhamdulillah la kan...rezeki masing-masing.
Tapi apa salahnya kalau kita ikhtiar dulu kan, sebab kita tak tahu anak kita nanti bila anak kita lahir sama ada kena kuning atau tidak. Pastinya setiap mak pak taknak anak terkena kuning kan.
Kesian weeeiii tengok anak kena amik darah setiap hari kalau kuning tu tinggi sangat.
Kita yang tua bangka ni pun rasa sakit kalau asik dok kena cucuk je kan, ni kan pulak baby kecik yang baru lahir....adoyaiiii sedey tengok.

Susu kambing segar menang susah nak dapat kalau di kawasan bandar ni kan.
Aku dapat bekalan pun dari adik lelaki aku tu....dia keje dengan Jabatan Veterinar, jadi kenal ramai penternak lembu dan kambing. Susu kambing ni 100% asli, cuma di masak dan terus diletakkan dalam botol. Nak masak tu pun ada caranya, tak boleh direct atas api. Nanti jadi kering pulak.

Sekarang ni pun aku jadi pengedar susu kambing kat opis aku ni hehehe. Tapi bukan la setiap hari aku jual. Bila balik kampung atau adik aku datang kl, bolehlah aku dapatkan stok. Ramai juga pembeli terutama mereka yang yang mengandung dan yang ingin mengandung. Sebab mengikut petua Nabi, pasangan yang menginginkan anak bolehlah mencuba petua ini dengan meminum susu kambing yang dicampurkan dengan kurma (diblender). Minum sehari 2 kali, sebelah pagi dan malam.
In shaa allah, kalau kita amalkan petua Nabi ni....dan sentiasa berdoa kepada Allah, pasti suatu hari nanti Allah makbulkan juga kan.

Dan aku dapat feedback dari kawan opis aku ni, sekarang ni dia amalkan minum susu kambing, ramai tegur kulit dia cantik, nampak gebu jer....

Selepas bersalin pun, elok juga diamalkan susu kambing ni, boleh jadikan milk booster untuk tambahkan susu badan.

p/s::kita sekadar berusaha, selebihnya serahkan pada ALLAH. In Shaa Allah.


Comments

  1. kita pun tgh minum susu kambing sekarang ni tgh ngandung 4 bulan...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Masih jual lagi ke susu kmbing nie. Klu ada saya nk order..
    Blh email saya yusmala2003@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Wife pun beli susu kambing bila tahu dah mengandung 5 minggu . Susu kambing wildan nak dapat susu kambing segar payah jugak.

    ReplyDelete
  4. Wife pun beli susu kambing bila tahu dah mengandung 5 minggu . Susu kambing wildan nak dapat susu kambing segar payah jugak.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,
    Boleh dptkan bekalan susu kambing fresh dari puan hanizan? Ni contact no sy. 011 33159166

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Boleh dptkan bekalan susu kambing fresh dari puan hanizan? Ni contact no sy. 011 33159166

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam,
      sori dear...saya dah tak dapat bekalan skrg ni sebab adik dah tak keje jab veterinar dah..

      Delete
    2. boleh je klau nak order saya proseskan. Call 012-5033364

      Delete
  7. sy pon amal susu kmbng fresh sjk th mgndung...skrg dh nk msuk 5 bulan .. ari2 wajib susu kambing. pagi mnum y fresh, mlm mnum y jenama hi goat pnya..dan kurma 3 biji skali makan.. alhamdulillah badan xletih lgsung wlaupon wat keje spnjg hari...

    ReplyDelete
  8. sy pon amal susu kmbng fresh sjk th mgndung...skrg dh nk msuk 5 bulan .. ari2 wajib susu kambing. pagi mnum y fresh, mlm mnum y jenama hi goat pnya..dan kurma 3 biji skali makan.. alhamdulillah badan xletih lgsung wlaupon wat keje spnjg hari...

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu