Monday, September 12, 2011

Dah tempah baju nikah..hooyeee - 10/9/11

As salam semua, selamat hari isnin
Malas betul nak kerja kalau hari isnin ni kan...
tapi nak buat macam mana, dah makan gaji...terpaksa la jugak pergi kerja..
kalau la kerja kat syarikat sendiri, boleh la masuk keje lambat skit hahaha...

Sepanjang weekend ni, ada beberapa perkara yang hani dapat setelkan..
yang pertama hani dan incik tunang dah berjaya menempah baju nikah kami...suke2x

Baju nikah hani tempah di Butik Pengantin Weddings Galore di Seksyen 8, Bangi. Berhadapan dengan
Kompleks PKNS. Hani tempah baju kurung moden leher cekak musang macam gambar di bawah ni. Exactly ambil contoh baju ni, siap bawa gambar untuk tunjuk pada tukang jahit. Cepat juga siap baju ni, sebulan jer..10/10 dah bole ambil...huhu berdebar lak rasanya. Entah macam mana la kan baju tu. Baju hani ni susah sikit nak jahit sebab ada batu2 swasroski kena dipotong2 dan ditampal pada baju. Sebab tu hani kena hantar juga pada org yang biasa jahit baju pengantin.
Bole tengok fb mereka untuk maklumat lanjut. Boleh tempah veil juga di sana. Koleksi baju pengantin pun cantik2. Tapi tak sempat lak nak snap gambar masa dalam butik tu...

Harga pula bergantung design yang kita mahu. Kalau buat baju nikah kurung moden yang biasa dalam RM200 dan kalau ada manik sikit2 tu dalam RM250. Macam hani kena RM500, sebab upah RM300 dan hani minta tambah lace di bahagian kain...lace tu dah ada manik2. Mahal la skit diaorg charge sebab kain lace hani tak sediakan sekali, diaorg kena cari. 

Masa balik rumah tiba2 terpikir, macam mahal la pulak...tambah lace tu....incik tunang kata call la semula minta cancelkan lace tu...tp hani malas la pulak...biar aaarrr...mesti lg cantik kan kain tu kalau ada lace (nak sedapkan hati jer) hihihi

gambar dari google


ni la kain nikah hani...cuma kain yang warna putih tu hani tukarkan dengan kaler krim. Batu2 swaroski tu akan di potomg2 dan ditampal pada kain. 

Nanti dah siap hani review ok :-)



5 comments:

  1. cantiknyerrr kain baju nikah tu...
    sweet sgt..

    nnti jgn luper review tau..=)

    ReplyDelete
  2. gadis: insyaallah, nti hani review...berdebar lak nak tunggu baju tu siap :-)

    ReplyDelete
  3. cantiknya kain baju hani...price tempah boley tahan..huhu..nidanya murah je, less than rm200..huhu

    ReplyDelete
  4. nida: kat sini susah nak cari bwh 200..pening kepala nak cr tailor.klu bole hani nak cr yg murah2 jgak,byk lg nak pakai duit ni kan..huhu

    ReplyDelete
  5. Salam hi Hani, I google nampak ur post tempah baju kahwin dkt weddigns galore. Mcm mana ye result dia? Okay x? hehe sbb ingat nk tempah dkt sana jgk untuk nikah nnt. Tq :)

    ReplyDelete

hanizamhuri@gmail.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...