Friday, September 30, 2011

Konvo Studio Photoshoot ^_^



"Tidak ada yang lebih bermakna....bila KEJAYAAN dikongsi bersama RAKAN seperjuangan......"


ooohhh...bermadah la pulak pagi2 ni...hehehe
just nak share a few pic (gambr sgt la byk...penat posing)
yg kami ambil semalam di Serindit Studio, Wangsa Maju.
Bagus juga ada member kelas cameraman ni...bole pinjam studio kawan dia...*suka*
sorang cuma bayar RM10 jer....utk bil api ke apa kan, tak bole la free hehehe
kalau tempat lain, dah tentu kitaorg kena bayar mahal..

Tak ramai yang join semalam...maklumlah, malam kan...yang ada anak kecil, dah tentu payah..ada juga yang outstation..apa pun, kitaorg tetap proceed yang mana ada jer...
Really enjoy this moment.....kenangan yg sgt2 menyeronokkan...
Esok ada outdoor photoshoot pulak di UKM & Putrajaya...

i'll miss all of u...frens 
still keep in touch walaupun dah habis study k







Thursday, September 29, 2011

Majlis Konvokesyen UKM ke-39



Alhamdulillah, penat lelah dan dugaan selama 3 tahun berjaya diharungi
..berbaloi juga akhirnya segala usaha yang dilakukan...syukur ya Allah.
Gembira sgt bila diraikan di Majlis Konvokesyen UKM ke-39 telah diadakan pada 24-27 September 2011

Bukan mudah bergelar 'pelajar part time'...serius bukan mudah..
Perlukan kecekalan, kesabaran dan pengorbanan.
Pernah juga sampai satu tahap, hani rasa give up..penat..letih..dengan assignment dan projek yang berlambak.

Tak cukup tidur, tak selera makan..memang masa tu kurus jer..
bila hampir semester akhir...ada sampai tak tidur malam stay up utk study..
Rutin harian, pagi dah pergi kerja....balik 5.30 terus pergi kelas...menempuh jem
Kelas dari pukul 730-10 malam...balik kelas sampai di rumah lebih kurang pukul 11.00 malam...
Balik dah penat, confirm tak akan buka buku....tak akan buat assignment...terbayang katil dan bantal jer..
Inilah rutin hani setiap hari sebab kelas adalah weekday..4 hari berturut..korang bole bayangkan tak betapa penatnyaaaaa......
kdg2 terpaksa curi waktu keje untuk siapkan assgnment *ampun bos*

Tapi....demi ILMU...ya, apa saja kita mampu harungi jika kita berkehendakan sesuatu...
Syukur, hani mempunyai rakan2 kelas yang sgt2 baik...sentiasa membantu antara satu sama lain..
Kami mahu berjaya bersama-sama....
Rakan kelas yg hani takkan lupakan sampai bila2...


Terima kasih semua pensyarah....atas ilmu yang kalian curahkan...atas pengorbanan kalian yg mengajar kami
Terima kasih keluarga tersayang....atas sokongan selama ini
Terima kasih warga BITe8....atas kerjasama/bantuan semua ....kalian adalah rakan2 yang terbaik...
Terima kasih rakan2 di sekelilingku....atas doa dan sokongan kamu...
Terima kasih bos....atas dorongan dan memahami saya sebagai seorang pekerja dan pelajar....

hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua....amin

finally....dapat juga memegang segulung Ijazah Sarjanamuda Teknologi Maklumat


bersama keluarga tersayang


mak dan abah

graduan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat


yea...yea...bunga dari incik tunang dan adik
 

                              
                                 
 hoooreeeyyyyy.....dah abis study !!!! *hepi*

insyaallah, ada rezeki dan umur masih panjang....bercita-cita untuk sambung Master pulak
amin...amin...

Friday, September 23, 2011

Pemborong makanan ringan

2 hari lepas hani ke kedai borong ni.
nak beli plastik jer sebenarnya.
dah lama tak pegi kedai ni. Kedai ni terletak di Old Town, PJ
dekat je ngan ofis. Nama kedai tak hingat lak, tp memang ni kedai borong.
Kalau borong mestilah murahkan...
Dalam kedai ni macam2 ada. Jgn katakan budak2, hani tgk pun bole rambang mata..
rasa macam2 nak beli...pelbagai biskut, kacang, coklat, gula2....




ni baru skit, ada lagi rak macam ni kat 3-4 lorong lagi...
tentu korang dpt bayangkan punyalah byk makanan ringan kan...
untuk doorgift kanak2 nanti, hani nak beli kat sini jer...

Lokasi: berhadapan 7-eleven 
PJ Old Town

Sijil Kebenaran Berkahwin


Disebabkan semalam hani cuti kerana menghadiri rehearsal konvokesyen di UKM...
(yeeeaaaa....sabtu nti hari yg ditunggu2)
waktu luch hour, hani temankan incik tunang hantar borang kebenaran berkahwinan 
di JAWI...nasib baik kaunter buka time lunch hour..

Lepas hantar borang ke kaunter, tggu nama dipanggil utk buat bayaran sebanyak
RM5, then tggu lagi sehingga sijil siap...nasib baik xlama sgt la...dalam 45 min je di
JAWI.

Pegawai minta check semua maklumat...klu betul semua, dah setel...
Sijil kebenaran berkahwin ni perlu disertakan sekali dalam borang permohonan bakal
pengantin perempuan nanti....

Utk bakal pengantin perempuan, just nak share...korang buat la 1 salinan photostat borang kebenaran berkahwin ni...simpan sendiri. Sebab ada kawin satu ofis hani ceritakan pengalaman adik lelakinya 
yg bernikah di Penang, org pejabat agama (tok kadi) tak bawa borang tu..dan pengantin perempuan pulak 
ingatkan pihak lelaki dah ambil borang tu,
aduussss....nak tak nak pihak lelaki kena pegi pejabat agama pulak, 
bayangkan lah masa tu dah nak bernikah dah..
nasib baik ada pasangan lain yang nak bernikah juga, so dahulukan meraka....dan sempatlah pihak lelaki ni ambil borang tu....naya je kan...

Ye la, kdg2 benda tak dijangka kan....nak jadi
so, bila dah dgr pengalaman org....kita pun ambillah iktibar
mana2 yang patut....utk keselamatan 

Borang ni sah selama 3 bulan shj dari tarikh dikeluarkan.
Pandai2 la korang bujet masa nanti yer...
Jgan terawal pulak.



2 payung idaman dah dapat


Salam Jumaat semua readers & silent readers,

Hati gumbiiraaa sebab semalam dah dapat payung idaman...
PAYUNG LACE !!!

Beli di Kedai Riben, Plaza City One (sebelah semua house)
Tapi kan....harga dah mahal...
sblm ni hani baca dalam blog b2b, harga payung lace ni RM55.
Tapi skrg dah jadi RM75...

Terus tanya pada tokei kedai tu, kenapa harga dah mahal..
dia bgtau yg tu stok baru, yang harga RM55 tu adalah stok yang dah lama..

Tokei bgtau, stok dah lama tak de, dkat setahun..yg stok baru ni pun
hani tengok tinggal skit je, dalam 5 pcs je..

Hani ambil 2, dapat harga RM70 satu...
Terpikir jugak nak sewa, tapi bila pikir balik macam payah jer kan...
Senang kalau sendiri punya, rosak ke...kotor ke, xper la jgak sendiri punya...
Kalau org lain pnya, dah tentu kena jaga elok2...(sndiri pnya pn kena jg elok2 gak kan...syg oooo
brg sndiri)
Ye la, masa majlis...mana la nak terjaga benda2 alah camtu....kang pengapit main letak jer ke,
budak2 dok main ke....redha jer la..

Lagipun hani nak guna payung lace ni masa majlis bertandang...klu hani nak sewa, dah tentu kena pnjam
2-3 mggu, sebab dah cuti awal smggu sblm majlis...pastu majlis bertandang selang semggu, haaa tak ke lama nak pinjam....klu nasib baik, bole pnjam lama...klu nasib tak baik, ada org lain nak guna...melepas la jugak kan..

 Insyaallah, lepas majlis..hani nak sewakan payung ni kepada yang berminat.

ehh...lupa nak pesan, klu korang nak beli payung ni kat kedai riben tu, better call dulu tanya...
semalam hani call dulu, tanya ada tak stok payung lace...
klu tak, penat je kan korang dtg kalau stok tak de...
beli la cepat2....sbb stok mmg sikit sgt tu...

call no ni : 03-26973760





 



disimpan dalam sarung

selain payung lace...hani pun dah dapat beli payung pelangi...
payung ni bukan nak guna masa majlis nti tau...
yang ni hani nak guna utk buat pre-wedding nanti....
lokasi belum ditentukan lagi...
yang tu kena tunggguuuuuu hujung bln okt ni...
dah confirmkan dgn mr cameraman....

Harga: RM13.90
Beli di bangunan berhadapan Semua House...kedai Madras ke apa tah nama dia....pasaraya India tu..
Hani pernah terbaca ada juga dijual di Mydin, dan kebetulan masa tu hani dah nampak kat kedai...terus jer la beli, malas nak ke Mydin dah..yang bawah ni saiz besar, saiz kecil pun ada, harga RM11.90




update: payung pelangi ni ada dijual di Mydin Subang Jaya...hrga murah ooo....yg kecik RM7.90
tp yg besar tak de lak....

Monday, September 19, 2011

Design baju bertandang



                         
 gambar dr google..sori tuan umah, xingat ambil dari blog mana.

Sebelum ni kan hani ada cerita psl baju bertandang yang tak suka tu kan...
Semalam (ahad 18/9/11), hani ke butik weddings galore, tempat yang sama
hani tempah baju nikah hari tu, post di sini.
Untuk design bj bertandang hani telah gabungkan kedua2 design seperti di atas.
Bahagian leher, design macam baju nikah elyana + butang bungkus dari atas leher sehingga 
bawah dan kain pula bertingkat2 seperti gambar sebelah tu.
Tailor tu bgtahu, kalau nak buat kain tingkat2 mcam tu, kain chiffon tu kena lebih kan lg 2 meter.
Biasanya kita beli 4 meter kan. Tapi xperlu la beli yg beaded punya, yang biasa2 pun ok.
sekadar untuk buat tingkat2 tu jer.
Harap2 menjadi la baju yang hani mahukan ni.
Klu tak, nanti bertambah mennccciiii ngan baju ni.. hahaha
Nti dah siap hani review k...

*berdoa agar bj ni mjadi bj kesukaan...amin...amin...*

VIP doorgift

Hari sabtu pulak (17/9/11), hani ke Nilai 3.
Nak cari mini jar utk doorgift vip.
eh...bukan la vip dato', tan sri, datuk sri tu...hehe
sape la kita ni kan....
vip tu kira kaum keluarga pihak lelaki & rakan2 rapat la..

Dah masuk 2-3 kedai, jumpa la benda yang dicari di Kedai VR Star
Mini jar ni harga RM1, klu beli 500 ke atas dapat hrga 80 sen.
Tapi hani beli 450 pcs, dapat gak harga 80 sen.
Byk kedai juga yang hani survey, kedai2 lain semua mahal
Kebanyakkan mmg jual dgn harga RM1, ada juga 90 sen, 95 sen.
Ada yg tak bole kurang lansung, ada yg kurangkan 5 sen je.

So, korang klu nak beli mini jar mcm ni, terus je pegi kedai VR Star. VR Star ni kan byk lak kedainya, merata-rata ada kan. Cari je VR Star yang berhadapan dgn surau. Surau ni berada di tgh2 kawasan nilai tu, 
dan rasanya memang ada 1 je surau kat situ, mmg mudah je nampak.

Hani tgk mmg ramai yg beli mini jar dkat sini.
Maybe kalau amik kuantiti yg lebih byk dari hani ambil tu, 
boleh counting lagi harga tu. Skill tawar menawar perlu ada yer....hehe






macam nak patah pinggang angkat 3 kotak ni...bawak naik ke rumah...
450 pcs okehh !!! nasib baik ada lift..mak suruh beli troli, senang kalau nak bawa apa2 klu dok umah
tinggi2 ni...ye la, ye la....nti org beli la troli

Sampai rumah, terus tak sabar nak hias mini jar tu....


haaa....camni la jadinya...simple jer...
bunga2 kecil tu beli peket...
1 peket ada 100 pcs = RM25
Hani beli riben + bunga kecil di kedai2 yang kecil jer,
bole minta diskaun..kebetulan ms tu tokei pun ada skali....terus deal ngan tokei...
lg senang, byk juga dia kurangkn harga....baik la uncle ni, lain kali bole dtg lagi hihihi






baru siap 70 pcs...
isi dalam tak tau nak letak apa....
korang ada idea tak? tak nak la letak gula-gula kan..
sebab yang ni nak bagi kat org besar, bukan budak2..
doorgift utk budak2 belum beli lagi...
Mini jar ni hani akan letak dalam noodle box macam di sini.

thanks nida razak dan kasut pink sebab bgtau psl mini jar ni nilai murah..
klu tak, dah tentu hani beli yg kat IKEA tu...
benda yang sama tapi harga sgt2 berbeza...yg tu ada cap IKEA kan...
dah tentu la mahal :-)

Baju family & bertandang

As salam semua reader sekalian,
Hari ni rasa lemau nak mulakan keje, sebab cuti lama 3 hari kan...
walaupun cuti, hani tak rehat lansung kat rumah. 3 hari dipenuhi dgn persiapan kawen.
Ok, hani mulakan dgn hari jumaat. masa ni cuti hari malaysia kan.

Dlm pukul 1030 pagi, mak dan adik smpai di kl. sebab minggu ni kami nak beli baju family.
Lepas amik mak dan adik di pudu, kami terus ke destinasi tujuan iaitu Jln TAR.

Survey punya survey, akhirnya hani beli kain di KAMDAR.
baju batik..tp bukan la batik asli..
harga semeter: RM8.90. Dapat beli 20 meter je sebab tak cukup.
Ni adalah baju untuk mak2 sedara ku...6 orang semua...
belum lg baju utk bapa2 sedaraku. adeeehhh bangkrap
Semua ni belah mak, sebab kami memang rapat.
diaorg la yg byk tolong klu ada majlis apa2 di rumah.
tak pe la, kali ni je pun dapat bagi kan....hehehe



Untuk baju emak, abah, abg da adik2..hani beli yang lain..
2 psg baju kameja batik readymade utk abg dan adik lelaki.
Harga RM 62 sepasang.

Ni pulak kain utk baju mak..semeter RM15, corak batik juga.
Beli 2 meter je sebab nak bahagian kain nak buat kain kosong.
Baju abah pula, beli kain batik asli di Gaya Warisan (dekat dgn Gulatis tu)
sebab abah kecik je orgnya, susah nak beli baju batik yang dah siap.
2.5 meter = RM135 selepas diskaun.
pasni abah akan hantar ke tailor utk buat baju kemeja batik.






Baju Bridemaid
Utk baju pengapit (adik hani), kitaorg pilih baju kain lace ni.
simple je, mana bole dia lg menyerlah dr pengantin kan...
semeter RM 29.90. Beli 2 meter je sebab nak lining dgn kain satin.




time untuk membayar....total semua 400++....uuuuwaaaaa pokai den !!!


Kemudian ke Jakel pula, cari kain satin.
Dubai satin semeter RM15. Beli 4 meter..
Tapi yg ni sdn bhd yer...adik bayar sndiri sebab baju lace td pn dah over bujet.
Sebab baju 2 org bridemaid utk malam nikah pun ai kena sponsor gak...





Baju bertandang
Lepas tu, hani ke ting 3 nak tengok2 kain chiffon beaded.
Nak tengok2 utk buat baju bertandang.
Konon nak tengok2 je, tapi tah la...kena pukau kot dengan sa tu..
Terbeli lak. Bila sampai rumah, tgk kain tu hani tak berkenan sebenarnya dalam erti
 kata lain TAK SUKA !!!!!
Adik pun kata dia macam berat hati jer nak kata setuju. Hani pun sama, berat hati tapi
menonong je pegi bayar. Pakej harga RM630. Dah tawar dapat RM550. 
Bersekali dgn kain baju melayu....pastu diaorg siap pujuk suh beli sampin dan veil sekali...
Termakan pujukan. Blur tul !!!!

Bila dah beli, jalan depan satu kedai dekat area Mydin tu, jumpa satu kedai yang 
mmg jual baju pengantin..cantik2 okeh !!! siap ada labuci2, manik2. hani tgk ada lak kaler maroon, 
harga RM130 jer. Dah siap ready made..tggu nak pakai jer.
Belum minta tawar lg. Siap bagi dgn veil. aarrrrggghhhh nyesal2.
Mcm2 kaler, macam2 saiz ada.
Klu ada b2b nak beli baju siap jer, pegi la kedai tu.
Sori, nama kedai tak ingat. Tapi sebaris dgn masjid tu. Mmg kat situ harga sgt2 berbaloi
jika dibandingkan dgn harga2 yg lain.

Malam tu terus msg incik tunang, kata tak suka dgn kain ni..
Nak beli baju yg lain...yg RM130 tu..
dia pn kata ok. Kalau tak suka, nanti nak pakai pun mesti tak suka kan...

kaler tema utk majlis bertandang marron+putih
simple je kain ni...dalam hati rasa nak beli kain lain..





kain baju melayu+sampin
Sebelum tidur, google design baju.
Jumpa satu design yg berkenan di hati. Jenis chiffon beaded juga.
Terus ubah pikiran. Tak jadi beli yg lain. Proceed je dgn kain sedia ada tu.
Cuma buat design yg kita suka, lepas tu mesti suka dgn baju tu kan.
(ko mmg cepat terpengaruh la hani !!!!!)

Nanti hani sambung tentang citer baju bertandang ni yer....

Thursday, September 15, 2011

Yana & Rizali Engagement

 Hari raya kelima hari tu, 03 sept 2011, 
hani dan en tunang berkesempatan menghdiri majlis
pertunangan rakan kami di Lenggong, Perak.
sebenarnya rizali ni adalah kwn kepada my incik tunang.
dan secara tak lansung yana dan hani pun kenal.
walaupun baru je kenal dgn yana ni, tapi kitaorg dah macam kenal lama..
macam kakak dan adik...kan yana kan...hehehe

ok, jom kita enjoy pic yana..
mana tau b2b bole ciplak skit2 idea si yana ni..:-)


pelamin ni yana DIY...kreatif kan...simple dan cantik...



 
di bahagian syiling, yana gantungkan paper latern & pomander ball....






tepi pelamin mini pun ada paper latern juga....comeelll nye papern latern yang kecik tu kan...

hantaran dari pihak lelaki...dari pihak yana tak sempat tangkap gmbo sebab dah dtg lambat,
hantaran pun dah dimasukkan dalam kereta.




cute bookmark

TQ tag

ni la cik yana...kecik molek jer orgnya....comel tau !!!

posing bersama


mereka adalah mr fiancee yana dan juga saye....


okeh, sampai sini je. Nak tau cite psl pertunangan yana, bole la ke blog beliau sendiri di sini .
gmbr outdoor diorg cantik dan comellll jer...i likeeesss !!!

anyway, congrats yana & jali.
semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan ke akhir hayat..
amin...amin...

Potrait Canvas - harga dah NAIK !!!!




Just nak share dengan b2b semua. Rasanya kebanyakkan tahu kan The Perfect Canvas ni? Ramai b2b yang tempah potrait canvas dekat TPC ni kan,
Untuk makluman semua, mulai 1 Sept 2011, harga utk potrait canvas dah berubah...dalam erti kata lain telah naik. Sebab apa, hanya tuan dia sahaja yang tahu kan...nak tahu lebih lanjut, bole la tanya empunya diri hehehe...


 Ni harga yang LAMA
 

Ni pula harga yang BARU. Jauh berbeza dengan harga lama kan. Kenaikan harga dari RM50 hingga ke RM110 mengikut saiz.


 Nasib baik hani sempat tempah seminggu sebelum raya hari tu. Sebab hani bc dah fb TPC ni, mereka akan naikkan harga selepas 1 Sept 2011. Terus tempah tanpa berfikir panjang. Sebab hani ingat nak tempah lambat lagi. Hani tempah saiz 21' x 31' = RM100 dan sekali dgn easel (stand gambar) = RM50.
Total semua RM150.
Tak sabar lak rasanya nak tggu siap. ^_^



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...