Investment::Rumah Lelong

Seperti yang aku janjikan dalam post ni [link], yang aku beli kipas dan lampu hari tu utk rumah
lelong yang aku baru beli.

Hari ni baru aku nak share cite psl rumah yang aku beli di Taman Klebang Restu.
Rumah ni rumah lelong je.
Matlamat aku nak buat pelaburan, means rumah ni nak sewakan @ jual nanti
bila harga dah tinggi.

Just nak share pengalaman beli rumah lelong ni.
Mana tau ada yang berminat kan, mesti nak tau proses nak dapatkan rumah lelong ni.
Nak beli rumah lelong ni banyak prosesnya, agak leceh.
Semua kena buat sendiri.
Bukan macam kita beli rumah yang baru kan.
Proses rumah lelong ni adik aku yang uruskan dari auction di mahkamah sampai la ke
proses lowyer nanti. Tapi aku tahulah serba sedikit pasal ni, sebab adik cite kat aku kan hehehe.

Mula-mula nak beli umah lelong, korang mesti tahu lokasi di mana.
Pastikan berbaloi untuk dibeli.
Macam aku beli tu, lokasi memang strategik.
Dekat dengan lot-lot kedai, ada Mcd 24 jam.
Jusco akan dibangunkan dalam masa 2 tahun di kawasan perumahan tu.
Lagi satu, kena check dengan pejabat tanah utk tahu status rumah lelong tu.
Sekali check kena bayar RM40.

Rumah ni aku dapat RP (reserve price) RM48K.
Market price rumah ni dalam RM70K.
Memandangkan lokasi yang strategik, adik aku pun bit juga harga.
Kalau nak masuk auction, kita kena sediakan bank draf sebanyak 10% mengikut harga rumah.
Mahkamah tetapkan macam tu sebab nak pastikan orang yang masuk auction adalah orang
yang betul-betul nak beli rumah ni. Jadi, kena la sediakan bank draf sebanyak RM4800.
Kalau kita kalah semasa bit, bank draf ni kita akan dapat balik dan boleh di cashkan semula.

Rumah lelong ni banyak kategori.
Ada rumah yang dilelong masih elok [tak pernah diduduki], ada yang ditinggalkan, ada yang disewakan dan ada yang owner sendiri yang tinggal di rumah tu.
Memang rezeki kalau rumah yang masih elok, tak perlu banyak keluar modal untuk baik pulih.
Kalau rumah yang ditinggalkan [owner dah cabut lari], kadang2 rumah tu agak teruk sikit.
Ada yang wiring kena curi la, rosak itu la...ini la...
Kalau rumah yang ada org sewa, lagi mudah....tak perlu buat apa-apa dah.
Minta penyewa serahkan duit sewa pada kita je la, bukan pada owner lama.

So, kalau nak cari rumah lelong...carilah rumah yang ditinggalkan, maksudnya rumah kosong
yang tidak berpenghuni. Senang.
Kalau rumah yang owner sendiri duduk, memang payah sikit.
Buatnya dia tak nak keluar dari rumah tu, kan dah jadi kes lain lak.
Tak pasal-pasal kena lantik lowyer untuk dapatkan pula perintah mahkamah - lagi panjang cite dan makan masa.

Sebab tu sebelum decide nak beli rumah lelong, kitaorang akan survey rumah tu dulu.
Nak tengok sama ada kosong atau tidak. Kalau ada orang duduk, kitaorang akan tanya sama ada
penyewa ke atau owner.
Pernah adik aku pergi satu rumah tu, owner yang duduk...siap cakap 'walau camne pun saya tak kan kuar dari rumah ni' .

Biasanya bank akan isytihar rumah akan dilelong bila owner tak bayar pada pihak bank selama 2 tahun. Abg yang kat atas ni pun cakap dia dah 2 tahun lebih tak bayar kat bank. Tapi ada hati lagi nak cakap camtu tak nak kuar dari umah tu. Tapi bila abang aku cakap, klu dapat perintah mahkamah kena keluar juga kan. Baru la terdiam dan berlembut sikit.

Masa tu bukan nak beli pun rumah abg tu, saje je survey lokasi rumah lelong ni.
Kesimpulannya, memang kena cari rumah lelong yang tak de penghuni kalau nak selamat
dan mudahkan keje kita. Tak kisah la kalau rumah tu nampak teruk sikit, janji keje kita mudah kan.

Dipendekkan cerita [eh...rasa macam dah panjang berjela dah hihi]
masa auction ni...ada lagi 2 orang cina yang masuk juga.
Alhamdulillah, rezeki dapat juga rumah ni.
Bila dah berjaya dapatkan rumah, aku pun mula la mencari ah long....eh bukan ah long konsi gelap tuuu...hehehe....ah long bank.

Untuk proses rumah lelong, pembeli diberi masa 120 hari (4 bulan) untuk apply loan bank.
So, aku pun cepat-cepat apply loan, lepas tu nak lantik lowyer lagi untuk tukar nama hak milik.
If kita gagal setelkan loan bank dalam tempoh yang diberi, bank akan ambil balik rumah tu dan
deposit 10% tu burn camtu je. So, sebelum beli rumah lelong ni kita kena make sure loan bank kita lepas berapa je. Sebab tu aku aim rumah lelong dalam lingkungan 50K je sebab kalau harga tinggi2 kompem loan aku tak lepas sebab banyak komitmen.

Di Ipoh ni, harga rumah masih lagi murah jika dibandingkan dengan KL/Sngor ni.
Tapi kadar sewa pun murah la juga kan, tak de setinggi di sini.
Sebab tu aku nak buat investment kat Ipoh je.
Tak mampu nak beli umah banyak2 kat KL ni. - gaji kecik kan
Cukup la sebijik rumah yang aku dok sekarang ni.

Rumah tu sekarang dalam proses renovation. Dalam masa 3-4 minggu nanti siap sepenuhnya.
Banyak juga yang aku laburkan dalam renovation ni. Sebab banyak benda yang aku buat.
Totally berubah 80%. Tak pe la, aku pikir ni pelaburan. Kalau rumah cantik, kadar sewa pun bole la tinggi sikit kan.

Alhamdulillah, rumah belum siap renovate...ramai yang tanya untuk sewa.
Siap ada yang nak bayar duit booking. Tapi aku tak nak la confirmkan lagi.
Aku cakap rumah dah siap nanti baru kita cite kan. Tak syok la kan.
Orang sebelah siap booking dah...hehehe
Sampai aku pun tak tau nak bagi kat sape sewa....

Renovation ni pun abah aku yang uruskan, aku just sediakan duit je.
Ye la, camne aku nak pantau kan...dah aku dekat PJ ni.
Rumah ni kalau tengok memula memang macam rumah hantu hahaha.
Sebab dah kena tinggal 2 tahun lebih kan.
Tapi sekarang dah banyak perubahan.

Aku share gambar ni dulu la....nanti dah renovate keseluruhan aku share lagi.

Setakat ni, family aku dah menang 2 rumah lelong ni.
Satu tu rumah abang aku, dekat area Meru Raya, dekat je dengan Mydin.
Haaa....tengok, kitaorang kalau pilih...lokasi memang baikkkk punya.
Harga RM129K setelah menang bit di mahkamah.
Harga pasaran dalam RM160K.


Rumah abg aku.

Ni gambar masa renovation.
Sekarang dah siap sepenuhnya.
Kos renovation tak setinggi rumah aku la sebab rumah ni dapat dalam keadaan masih elok lagi.
Just baik pulih sikit je.

Kontraktor utk renovation ni pun kitaorang guna orang yang sama.
Kawan abah aku. Dah lama kitaorg guna perkhidmatan dia.
Harga pun lebih murah compare orang lain. - harga kengkawan
Keje cepat dan kemas.
Dan yang penting kebolehpercayaan.....xde la kes kontraktor lari kan bila dah dapur duit.

Rumah abg aku ni dah ada orang booking, siap dah bayar deposit. Tunggu nak masuk je.
Best pulak buat investment macam ni.
Kalau la aku bnyak duit, asal ada umah lelong je...aku rasa nak beli je semua hahaha..
Berlambak-lambak ok umah lelong ni kat area Ipoh.
Sebelum adik aku involved dlm rumah lelong ni, kitaorang pun xtahu rupanya banyak
rumah lelong yang murah kat area Ipoh ni.
Untung beli umah lelong ni sebab lebih murah dari harga pasaran.
Cuma kena tau cara2 dia la nak dapatkan umah lelong ni.

Bawah ni lak umah aku.

keadaan rumah asal....
naik pagar batu kiri dan kanan

sambung ruang tamu depan
atap porch buat konkrit


pintu masuk di bahagian tepi..bentuk petak segi empat ni adalah utk cermin sliding


tambah dinding sebagai divider antara ruang tamu dan ruang makan


ruang tamu yang dah besar sikit bila dah sambung 10 kaki ke depan

Ni baru progress setakat minggu lepas.
Banyak lagi renovation yang dibuat termasuk besarkan dapur.
Boleh dikatakan rumah ni akan berubah 70% dari keadaan asal.
Nanti aku update progress lagi. - ceh macam beli rumah banglo je nak update beria-ria ekekekeke
Banyak juga modal aku keluarkan untuk permulaan ni.
Tapi tak per, bila rumah dah cantik...baru boleh up kan harga sewa rumah kan..
Loan aku RM45K (10% kan dah byar bank draf masa auction)
Bayaran bulanan dekat bank RM230.
Sewa bulanan sekarang ni RM600. Bolehlah bayar bulanan dekat bank, siap ada untung dekat situ lagi.
Aku xyah kuar duit pun utk bayar bulan2. Untung kannn....

Jadilah, buat permulaan ni aku mampu beli umah yang murah-murah je.
Mana tau ada rezeki satu hari nanti, pelaburan dari umah lelong ni...aku boleh lak
beli umah yang besar sikit - in shaa allah
Rumah yang beli untuk diri sendiri dah ada, skrg pulun utk tambah asset je.
Untuk anak-anak juga suatu ari nanti...


Comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah...in shaa allah, smga kita sama2 dimurahkan rezeki olehNya. anyway tq. :-)

      Delete
  2. wah berminat! adik ley uruskan 1 msia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lupa nak mention kat post tadi...area perak esp area Ipoh...sbb kitaorang dok Ipoh, so mmg xpert kaw Ipoh... senang nak survey lokasi umah lelong ni..

      Delete
  3. Kalau ada duit lebih mmg untung kalau invest beli rumah..pelaburan jangka panjang..bijak Hani..akak suka :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, tak rugi beli rumah ni..dulu tak nampak benda2 ni semua...skrg ni baru buka mata sikit nak kumpul asset...heheh

      Delete
  4. Kak Ani! Soh edi msg kalo ade rumah below 100k eh. Berminat2! Area Batu Gajah pon ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok...nanti kak anie bgtau dia...dia ada senarai rumah lelong ni..

      Delete
  5. Salam loan bank mana, berapa tahun? berapa %? nak apply jugak loan rmh dlm rm45k.

    Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Banyak bank boleh apply. Kena tgk berapa charge. Ada bank x bagi loan rumah 100k kebawah.Kena pandai cari bank. :)

      Delete
  6. Salam....Akak,
    Ada lagi tak rumah nak lelong area Chemor ni....Klu dpt Area, Klebang Restu, Putra & BB.Sri Klebang OK gak....
    Klu rumah setingkat dpt dlm RM 60K ke bawah atau klu yg setingkat tapi besar sikit cam 20x70 ke mungkin boleh boleh kot klu lebih sikit dari 60K tapi bawah RM70K.....Klu ada yang 2 tingkat bawah RM 120K boleh jugak klu memang tak byk nak kena renovate....Saya dok area Klebang jugak....Klu ada nanti boleh hantaq email kat saya Hasmawi79@gmail.com atau call je 019-3978449.....Nanti bila jadi, boleh adjust dgn adik akak utk uruskan.....Saya panggil akak ni tak tau la sapa yang lebih tua lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. skrg ni kawasan klebang hot market. tapi ada jugak boleh dapat bawah 100k.

      Delete
  7. Wah.. Menarik post ni... Nanti leh tgk area Ipoh... Nak jugak beli satu

    ReplyDelete
  8. bestnye.. klau area selangor, adik awk leh tolong tak? teringin gak nk beli rmh lelong ni..

    ReplyDelete
  9. Info.menarik...ada ke rumah lelong murah kat bandsr melaka?

    ReplyDelete
  10. Saya jadi teruja nak ikut jejak awak juga beli rumah lelong utk sewa. Untungnya x perlu tanggung bln2 sbb dpg lebih hasil duit sewa.

    ReplyDelete
  11. Ada rmh lelong area klebang putra x?..
    Tolong wasap sy 0124679137.. Atie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Klebang putra ada. Harga dalam 100k ke 150k. Boleh call 012-5033364

      Delete
  12. Saya nak tnyaa. Minimum gaji utk lepas loan utk rumah harga rm70k berpaa ye selalu? Cmitment lai just ptptn je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dlm byk2 rrsearch sy buat,byrn bln2 mesti 1/3 dari gaji bersih kte..byrn ptptn kene masuk as komitmen kte..so,balance DSR kte akan berkurang if ada komitmen lain..now,bank sgt2 strict. if rumah rm70k,gaji basic dlm rm1.5k..depends pd bank..lbh elok refer pada banker setiap bank.
      *betulkn if ada yg salah.

      Delete
  13. sy tgh survey rumah lelong area tambun,klebang,chemor,tapah,kampar,mambang diawan...klo flat 2 bilik agak2 leh sewakan x???modal pon sikit wat masa ni.so, tgh aim rumah bwh 50k dlu..

    ReplyDelete
  14. Salam, Saye nak tanye. Boleh x cik listkan kos2 kalau nak beli rumah lelong ni.. contoh jap 10% bank draft, lawyer fee, and camne dengan fee Memorandum of Transfer utk tukar hak milik.. saye memang bace kat internet kadang2 confuse pulak... harap cik boleh share.. sebab saye dan kawan saye plan nak buat flipping rumah lelong..

    ReplyDelete
  15. Boleh share no tukang rumah yg buat renovation?

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu